Sunday 7 October 2012

Makanan tradisional




















Makanan Tradisional Kaum Melayu


            Nasi Lemak
 





Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.
Kaum melayu makan nasi lemak dengan telur kukus, timun, ikan bilis goreng dan sambal. Tetapi kini pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak seperti ayam, daging, sotong, udang, limpa dan hati lembu.