SAMFOO
Samfoo
membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian
harian wanita keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh
wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di
rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga
halus.
Samfoo
turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan
dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada
baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai
bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya
diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian tradisional
ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia.
Penerangan yang jelas.
ReplyDeleteTerima kasih atas maklumat yang dikongsi bersama. Blog cikgu sungguh menarik. Syabas.
ReplyDeleteTerima kasih!
ReplyDelete