Wednesday, 14 November 2012

Makanan Tradisional Cina

Kuih Bakul 

                                                    
                                  




Kuih Bakul atau Nian Gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya “nian gao” (年糕) di mana perkataan (gāo) bermaksud ‘kuih’ dalam nama kuih ini berbunyi sama seperti perkataan (gāo​) bermaksud ‘tinggi’ melambangkan erti “semakin tahun semakin tinggi” (年年高升)(niánnián gāoshēng) atau ringkasnya “setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan”.
 
Sungguhpun pelbagai jenisnya, namun semuanya berkongsi ramuan pulut sama yang dihancurkan atau dikisar menjadi adunan, dan, bergantung kepada jenis itu, boleh diacu begitu sahaja atau dimasak semula untuk mengukuhkan ramuannya. Kuih bakul berbagai-bagai jenisnya termasuklah jenis-jenis yang didapati dalam masakan Shanghai, dan masakan Kantonis




Kuih Bulan 


                                                 




Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. Menurut hikayat  cina Kuih Bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di Negara Cina semasa pemerintahan puak Mongol ( Dinasti Yuan ) yang agak tegas dan kejam. Undang- undang yang tidak munasabah dan pelik dikenakan. Ke atas rakyat cina supaya tiada satu pun yang dapat menggugat kuasa mereka. Di sebabkan ini, rakyat cina dengan dorongan Puak Ming, bersepakat untuk memberontak. Pada suatu malam,semasa bulan sedang mengambang, mereka membuat kuih yang berbentuk bulat beramai- ramai.Di tengah- tengah kuih tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini berjaya dan Kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Hingga kini, peristiwa ini di rayakan pada setiap tahun oleh Masyarakat Cina. Dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.

Kuih Bulan di buat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya. Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.











MakananTradisional Kaum Cina

 Dim Sum


                                                        

  Siew mai mempunyai banyak nama lain seperti shao mai, shuu mai, sui mai, siew may, sio may dan lain-lain lagi. Maksud siew mai ialah untuk memasak dan menjual. Siew mai juga mempunyai pelbagai jenis. Contohnya, shao mai Huhhot(Mongolia), Siu mai Cantonese, Sio may Indonesia, Shuu mai Jepun dan sebagainya. Setiap jenis siew mai mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.


                                   
Dim sum bukan sahaja makanan kukus tetapi ia juga merangkumi makanan-makanan yang digoreng seperti gambar di atas. Terdapat juga pelbagai roti atau bun kecil yang dihidangkan.

                                
                                           

 Makanan ini ialah siew pau. Siew pau mempunyai 2 jenis iaitu siew pau besar dan siew pau kecil. Bahan-bahan dalam kedua-dua siew pau adalah hampir sama dan cara memasak ialah mengukus. Cara siew pau dihidangkan amat istimewa iaitu dalam bekas buluh.


                                                      


Ini merupakan chee cheong fun. Ia juga salah satu makanan tradisional Dim Sum. Chee cheong fun diliputi dengan kicap dan cili. Terdapat juga udang dalam chee cheong fun.