Thursday, 6 December 2012

Jingle Bells original song


Hari Raya  Aidilfitri


Hari Raya Aidilfiti merupakan perayaan utama masyarakat islam khususnya bangsa Melayu yang diraikan terbesar di Malaysia. Hari Raya Aidilfitri merupakan kemuncak kepada ibadat puasa di bulan Ramadhan. Sepanjang bulan Ramadhan, umat Islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah malamnya.

Pada malam Tujuh Likur yang jatuh pada 27 Ramadhan, lampu atau pelita dipasang untuk menerangi kawasan rumah. Sifat kesetiakawanan ditonjol melalui zakat fitrah yang wajib dikeluarkan sebelum 1 Syawal tatkala Hari Raya Aidilfitri akan dirayakan bersama.

Hari Raya Aidilfitri disambut dengan penuh kesyukuran. Umat Islam saling bermaaf-maafan, kunjung-mengunjung sesama mereka untuk mengeratkan ikatan silaturrahim. Rumah terbuka yang dilakukan oleh individu, mempersilakan sesiapa sahaja datang ke rumah. Inilah kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia berbanding dengan sambutan Hari Raya di negara-negara lain.



Tahun Baru Cina

 

Tahun Baru Cina merupakan sambutan perayaan bagi kaum Cina sebagai meraikan kehadiran Tahun Baru mengikut kalendar Cina. Mengikut kalendar Cina, tahun2 dibahagi sebanyak 12 mengikut nama haiwan yang melambangkan maksud tertentu sesuatu tahun itu.   

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
 
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Hari Deepavali

 


Hari Deepavali juga dikenali dengan Hari Diwali ataupun pesta cahaya yang disambut oleh penganut agama Hindu. Deepavali disambut pada hari ke 14 Aipasi dalam kalendar Tamil. Pada hari ini,Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali. 




Hari Krismas





Krismas juga dikenali sebagai Hari Natal disambut oleh penganut agama Kristian pada 25 Disember setiap tahun di seluruh dunia. Pada hari ini, penganut agama Kristian mengambil peluang mengunjungi gereja. sambutan perayaan ini disertai dengan kemeriahan seperti lampu, pokok krismas, dan juga amalan memberi hadiah kepada keluarga dan sahabat handai. Hari krismas juga popular dengan mitos 'Santa Claus' bagi kanak-kanak.







Thursday, 15 November 2012



Makanan Tradisional India
    Tosai 
           
                   

 Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india.  Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.

Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya,sambar,sambal dari buah-buahan,acar india,kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.
   
 

1      Idli
    


             



Idli berasal dari India. Idli mempunyai banyak jenis. Contohnya, sanna,rave atau sambar idli. Ia dimakan sebagai sarapan pagi ataupun sebagai makanan ringan. Makanan ini sering dihidang dengan sambal dari buah-buahan, sambar dan lain-lain.Bahan utamanya ialah vigna mungo dan nasi.