Wednesday 7 November 2012

Rendang











Add caption




Rendang


Rendang merupakan masakan daging yang disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atau ketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja. Kebanyakkan bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang. Rasa dagingnya yang lembut dan sedap. Rendang amat popular dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha mahupun disaji pada kenduri-kenduri seperti tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa selamat, kenduri harijadi dan sebagainya.
Rendang adalah masakan yang berasal dari Sumatra Barat, Indonesia. Ia kemudiannya dibawa oleh penghijrah ke Malaysia.






4 comments:

  1. Anonymous6:34 pm

    Rendang yang cikgu perkenalkan nampaknya sedap:P

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat yang memanfaatkan pelajar.

    ReplyDelete